Pages

Saturday, December 18, 2010

my friend till death .


assalamualaikum and hello .
yeah , I can't imagine what's going on ,
I'm totally MUTE to talk about friend till death .
friends stand for people around us .
and death .. the greatest experience that all of creatures fail to share with anybody .
and here it goes again .
I don't know how to express my deep pool torn in my heart .
all I can say , I'm exhausted to cry again and again .
O Lord , please give me a better strength to live in .
I'm pleased with it . May my friends placed within the ranks of the faithful .
I'm extremely lost at the moment .
by the way , let me share a story with you about my decorator partner .

Allahyarham Mohd Azhar Zulkhairi .

kau tahu kenapa aku menangis bila kau dah tinggalkan dunia?
sepanjang seminggu aku rasa berdebar-debar , aku mimpi aku kena bunuh .
mungkin takde kaitan , tapi sejak malam 17hb Disember 2010 , aku rasa nak nangis je .
masa tu aku tak tahu apa-apa pasal kau , hati aku terdetik nak online facebook .
kau tahu air mata aku tak boleh berhenti menitis ,
aku tergamam bila aku dapat tahu kau orang kedua tinggalkan kitaorang .
disebabkan ada yang bagi tahu soal hidup dan mati tak boleh nak main-main ,
aku reda dengan ujian Allah yang memang susah untuk aku terima ,
mungkin tak berbaloi aku menangis sedangkan kau dah menyahut seruan Ilahi .
aku cuma tak dapat lupakan kau ,
takde siapa yang boleh ,
mula-mula aku datang kelas kau ,
aku suka tengok duty roster yang kau buat ,
aku rasa tercabar sebab tulisan kau teramat kemas dan sangat unik ,
sebabkan kau , aku tak masuk campur hal batch untuk hiasan board kita ,
tapi satu hari tu , bos panggil aku pergi kelas 2.1 ,
agak terharu , aku dapat jadi ajk 3K dengan Alia Izzati ,
semua ahli jawatankuasa tengah buat kerja masing-masing ,
aku tengok kau syok lukis karakter kartun lawak kampus .
memang bakat kau melukis kan ? comel sangat kartun tu .
aku je yang blank nak buat apa dalam kelas tu ,
tiba-tiba kau bagi aku kerja ,
kau suruh aku buat logo ORDINEX kampus yang ada kat board batch kita tu ,
aku tak pernah nak bercakap dengan kau ,
kebetulan bos ada nak tolong aku ,
kau nak tengok design tulisan aku , kau suruh aku bagi sampel ,
tak tahu kenapa dengan kau aku rendah diri nak buat logo tu ,
bos pun macam sokong je , aku pun takde hal la ,
kau buat separuh , aku buat separuh ,
lepas tu yang girls tolong aku warnakan logo tu .
logo kita nampak perfect walaupun tak kemas , aku punya kerja latuh .
kau tahu tak , kalau lah aku ade masa nanti , aku nak cari & bawak balik logo yang kita buat tu ,
mungkin masa ambik result aku lari naik atas ? T_T
kenangan dengan kau bukan setakat tu je ,
aku ingat lagi kau tak layan aku sebab aku mintak kau bagi idea untuk cover fail sejarah ,
aku tahu aku susahkan kau , kau pun sibuk dengan design baju koperat ,
tapi masa tu kau tolong jugak bagi sampel logo ordinex ,
tu pun bos yang bagi kat aku ,
dapatlah jugak idea , esok tu cikgu Hida tanya pasal cover fail sejarah ,
aku cakap tak siap sepenuhnya , tapi aku bagi lakaran kat cikgu dulu ,
cikgu pun cakap yang dia ada suruh budak laki buatkan ,
aku cakap kau pun kreatif , mungkin boleh buat lagi cantik ,
cikgu cakap dia dah tengok yang kau buat , cikgu puji kau punya .
aku terdiam sebab kau pun kena buat eh ? kenapa kau tak bagi tahu?
tapi cover fail sejarah yang betul-betul punya cikgu jugak yang buat .
mungkin kau punya hasil kerja jadi kenangan untuk cikgu selamanya .
tak rugi jugak cikgu mintak tolong dari kau :)
mungkin kenangan antara kau dengan aku setakat ni je ,
tapikan aku baru terfikir nak cooperate dengan kau lagi ,
mungkin batch kita dapat pujian cikgu-cikgu sebab kreatif ?
tapi sekarang aku rasa aku dah faham .
seberat-berat hati aku untuk terima yang kau dah meninggal dunia ,
mungkin lagi berat untuk angah , khadri , classmates & dormates kau dengan ORDINEXians ,
terima bila kau dah takde ,
keputusan PMR pun dah nak dekat keluar , aku doakan kau lapan A ,
untuk semua sekali , sebab takde seorang pun terkecuali , okay ? semua happy :)
aku nangis sebab aku bersyukur Allah ciptakan makhluk macam kau untuk kitaorang ,
aku just nak cakap , kenapalah aku tak tahu yang kau memang berbakat ?
mungkin ini dugaan untuk ORDINEXians terima pemergian 2 orang sahabat untuk 2 tahun berturut-turut ,
siapa yang tak sedih kan ? aku pun tengah nangis lagi ,
kenal kau setahun memang sangat-sangat bermakna . 
Universiti Al-Azhar ? tinggal kenangan , Azhar :'(
Al- Fatihah untuk sahabat sampai mati aku , Allahyarham Mohd Azhar Zulkhairi .
Aku maafkan kau , dan halalkan semuanya .
Terima kasih sebab sekurang-kurangnya aku dapat kenal kau .
Hari Jumaat (17hb Disember2010) ? kau punya rezeki terlepas daripada seksaan kubur , Insyaallah .

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Thaahaa ayat 55 tafsirnya :
“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi”.

p/s: jujur , aku sayang kau sebagai seorang sahabat . mudah-mudahan kau tenang di alam sana .
baju koperat ORDINEX jadi kenangan jasa kau sampai bila-bila , tengok! kau tekun lukis design baju .
19th April 1995- 17hb Disember 2010

1 comments:

HAZREEN:) said...

dye yg lukis ke ?

Post a Comment